Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mulai bulan Ogos secara berperingkat.
Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda. Pemberian bantuan kewangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.
Kaedah Bayaran STR
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Cara Semakan / Jadual Bayaran STR
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan



Semakan bayaran / jadual STR boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4
Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
Fasa 1 : 22 Januari 2025Fasa 2 : 24 Mac 2025- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKasih :

Maklumat lanjut
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.