web counter Big Stage Alpha 2025 [LIVE] – Senarai Peserta & Persembahan – Hamara media Fun

Big Stage Alpha 2025 [LIVE] – Senarai Peserta & Persembahan

Astro hadir dengan kejutan baharu dalam arena hiburan tanah air melalui program Big Stage Alpha, sebuah spin-off eksklusif daripada siri realiti popular Big Stage.

Kali ini, pentas ini dikhaskan sepenuhnya untuk bintang lelaki dalam usaha membentuk sebuah boy group pertama di bawah naungan Astro. Dengan format baharu yang lebih segar dan dinamik, rancangan ini bakal mencetus fenomena di Malaysia.

Baca juga: Biodata Rina Nose, Pelawak Serba Boleh Kelahiran Indonesia

Pengenalan Big Stage Alpha 2025

Mengambil inspirasi daripada gelombang program idol survival popular Asia, Big Stage Alpha menggabungkan elemen pertandingan nyanyian intensif, naratif emosi, dan kuasa fandom.

Peserta-peserta lelaki yang berumur antara 18 hingga 37 tahun, termasuk dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, telah dipilih melalui sesi uji bakat terbuka iaitu satu langkah pertama dalam sejarah Big Stage.

Penaja

Musim terbaru Big Stage Alpha turut dimeriahkan dengan sokongan daripada barisan penaja dan rakan kolaborasi yang hebat. Perfume Paradise tampil sebagai Penaja Utama yang memberikan sentuhan eksklusif sepanjang pertandingan berlangsung.

Sementara itu, ZUS Ngupi menjadi pilihan sebagai Kopi Rasmi, menyuntik semangat dan kesegaran buat semua yang terlibat.

Di sisi digital, Astro Gempak mengambil peranan sebagai Rakan Digital rasmi, menyajikan kandungan eksklusif dan perkembangan terkini buat peminat setia. Manakala ERA, sebagai Rakan Radio Rasmi, turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan perjalanan para peserta dan mencetuskan gelombang sokongan di seluruh negara.

Juri & Pengacara

Juri tetap yang akan mengadili para peserta adalah Datuk Syafinaz Selamat, Hael Hussaini, dan Edry Abdul Halim.

Manakala, Rina Nose dan Elly Mazlein sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara bagi Big Stage Alpha 2025.

Sistem Penjurian & Penyingkiran

Penilaian dalam Big Stage Alpha dibuat melalui dua komponen utama iaitu markah daripada juri profesional dan undian peminat secara langsung.

Setiap minggu, peserta akan dinilai berdasarkan persembahan solo dan berkumpulan mereka, dan tiga peserta yang memperoleh markah terendah daripada juri akan berada dalam kedudukan bahaya.

Namun begitu, keputusan akhir untuk menentukan siapa yang tersingkir akan ditentukan sepenuhnya oleh undian peminat.

Pada penghujung musim, finalis terpilih akan membentuk sebuah boy group baharu yang akan melakukan kemunculan sulung di bawah naungan Rocketfuel bersama Astro.

Senarai Peserta Big Stage Alpha 2025

Berikut adalah senarai lengkap 18 orang peserta yang bakal berentap dalam Big Stage Alpha 2025:

  1. Izat Ibrahim
  2. Allan Andersen
  3. Ridhwan Azman
  4. Suff Ahmad
  5. Shaqeen
  6. Apich Lo
  7. Awienit
  8. Araff
  9. Daniel Sher
  10. Ray-D
  11. Ariel Fesol
  12. Ashmirul
  13. Qarl G
  14. Afiq Sky
  15. Rizal Rasid
  16. Syafeek Ikhwan
  17. Alif Azri
  18. Que
Big Stage Alpha
Big Stage Alpha
Big Stage Alpha
Big Stage Alpha
Big Stage Alpha
Big Stage Alpha
Big Stage Alpha

Baca juga: Biodata Nadeera Zaini, Finalis AJL39 dan Juara Big Stage 5

Siaran Langsung Big Stage Alpha 2025

Big Stage Alpha 2025 akan bersiaran langsung selama 8 minggu dari Royal Theatre Shah Alam bermula 27 April ini, setiap Ahad pukul 9 malam.

Anda boleh juga saksikannya menerusi siaran Astro Ria (saluran 104) atau boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Untuk mengenali dengan lebih rapat perkembangan setiap peserta, anda boleh saksikan:

  • Buzz Big Stage Alpha, disiarkan setiap Ahad, sejurus selepas konsert utama.
  • Diari Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 21 April 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.08 malam.

Saksikan bagaimana 18 peserta ini berubah dari zero to hero, dan siapa yang akan menjadi wajah baharu boy group yang bakal gegar pentas Malaysia dan seterusnya, dunia!

About admin