web counter Sukan Prestasi Tinggi: Potensi Pingat Utama Negara – Hamara media Fun

Sukan Prestasi Tinggi: Potensi Pingat Utama Negara

Sukan prestasi tinggi merujuk kepada program pembangunan atlet yang disasarkan untuk mencapai kejayaan di peringkat tertinggi, termasuk kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, dan Sukan SEA.

Di Malaysia, Majlis Sukan Negara (MSN) memainkan peranan utama dalam merancang dan melaksanakan inisiatif bagi memastikan atlet negara mampu bersaing di pentas dunia.​

Kerajaan telah mengenal pasti 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan sukan negara dengan lebih cekap, tersusun, dan berfokus.

Keputusan ini dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, pada 14 April lalu.

Menurut beliau, keputusan ini akan melibatkan kerjasama menyeluruh antara semua pihak berkepentingan sukan, yang seterusnya menjadi asas penting dalam memperkasakan ekosistem sukan berprestasi tinggi negara.

Penilaian dan Pemilihan Sukan

sukan utama malaysia

Sumber: KBS

Penilaian untuk memilih Sukan Prestasi Tinggi dibut dengan menilai semula 103 jenis sukan yang telah disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023 dan seterusnya mengenalpasti sukan yang seharusnya diberi tumpuan bermula dari peringkat akar umbi sehingga ke peringat antarabangsa.

Sukan-sukan yang disenaraikan di bawah kategori teras ini juga telah dikenal pasti berpotensi besar untuk menyumbang pingat dalam temasya-temasya sukan utama di peringkat antarabangsa.

Penetapan jenis sukan ini menzahirkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet di peringkat antarabangsa.

Pemilihan sukan teras ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria utama seperti penyertaan dan prestasi dalam kejohanan antarabangsa, pengurusan sukan dan program pembangunan atlet.

Senarai Sukan Prestasi Tinggi

sukan prestasi tinggi

Sukan Berprestasi Tinggi adalah sukan yang diuruskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Majlis Paralimpik Malaysia mengikut peraturan dan syara-syarat yang ditetapkan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sukan berprestasi tinggi juga bertujuan untuk menghasilkan atlet yang bertaraf dunia pada kejohanan sukan antarabangsa.

Jenis sukan yang tersenarai sebagai Sukan Prestasi Tinggi ialah:

  • akuatik (renang dan terjun)
  • angkat berat
  • badminton
  • berbasikal (trek)
  • boling padang
  • e-sukan
  • gimnastik (artistik dan gimrama)
  • hoki
  • karate
  • memanah
  • menembak
  • olahraga
  • pelayaran
  • ping pong
  • sepak takraw
  • silat
  • skuasy
  • taekwondo
  • tenpin boling
  • wushu

Senarai ini akan dinilai semula setiap empat tahun mengikut kitaran temasya Sukan Olimpik

Penetapan ini dapat membawa impak yang signifikan kepada pembangunan ekosistem sukan negara dengan menjadi rujukan utama kepada semua kementerian dan agensi dalam perancangan program, peruntukan sumber serta pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan sukan.

Baca lagi: Program Road To Gold: Senarai Atlet Terkini

About admin