web counter 30+ Makanan Popular Di Malaysia – Wajib Cuba! – Hamara media Fun

30+ Makanan Popular Di Malaysia – Wajib Cuba!

Kalau bercerita tentang Malaysia, salah satu perkara yang paling menarik perhatian pastilah makanannya. Malaysia memang sudah terkenal sebagai syurga makanan yang menawarkan pelbagai rasa, aroma, warna dan jenis masakan.

Dari utara hingga ke selatan, dari pantai timur hingga ke barat, setiap negeri di Malaysia menawarkan keunikan tersendiri yang membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta pada sajian mereka. 

Kepelbagaian kaum di Malaysia turut memperkaya lagi pilihan makanan Malaysia. Ini menjadikan negara ini antara destinasi kuliner terbaik di dunia tau!

Berikut adalah senarai lebih daripada 30 makanan popular di Malaysia yang wajib anda cuba. 

BACA JUGA: 15 Makanan Negeri Terengganu – Wajib Cuba [2025]

1. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah salah satu makanan popular di  Malaysia dalam kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong asing.

Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama sambal pedas, ikan bilis rangup, kacang goreng, timun, telur rebus, lauk protein sama ada rendang, ayam goreng berempah,sotong dan sebagainya. 

2. Roti Canai

Roti canai yang dihidangkan bersama kuah dhal atau kari juga adalah antara sajian sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai variasi roti ini seperti roti telur, roti tisu dan roti boom. Wajib cuba!

3. Rendang

Kalau tak pernah cuba makan rendang, anda memang rugi!

Rendang adalah antara makanan Malaysia yang kaya dengan rasa, warisan dan budaya. Dimasak dengan teknik perlahan selama berjam-jam menggunakan santan, rempah ratus tempatan, rendang menghasilkan rasa yang sangat sedap dengan aroma memukau.

Sama ada dinikmati bersama nasi lemak, nasi impit atau ketupat, rendang tetap menjadi pilihan utama dalam setiap jamuan istimewa di Malaysia.

4. Cendol

Cendol adalah pencuci mulut klasik yang sangat sempurna untuk iklim tropika Malaysia. Gabungan cendol hijau, santan lemak, gula Melaka pekat dan ais memberikan kelegaan dalam setiap suapan, apatah lagi bila dinikmati di gerai tepi jalan pada waktu panas terik. Fuh, nikmat!

5. Laksa

Laksa juga antara pilihan makanan popular di Malaysia yang menjadi kegemaran ramai. Untuk pengetahuan anda, setiap negeri ada laksa versinya sendiri.

Contohnya seperti laksa Penang yang masam pedas, laksa Johor berkuah pekat bersantan atau laksa Sarawak yang beraroma rempah. 

Tidak kira apa pun pilihan anda, jangan lupa cuba okay! 

6. Nasi Kerabu

Seterusnya, makanan Malaysia yang anda kena cuba ialah Nasi Kerabu. Nasi berwarna biru ini berasal dari Pantai Timur. Ia biasanya dihidang bersama ulam-ulaman, sambal kelapa, solok lada dan keropok ikan.

7. Mee Rebus

Mee rebus ialah mee kuning yang dihidangkan bersama kuah dilengkapi tauhu goreng, telur rebus, taugeh dan bawang goreng. 

8. Hainanese Chicken Rice

Nasi ayam gaya Hainan ini berasal dari komuniti Cina dan menjadi antara pilihan makanan harian rakyat Malaysia. 

Ia disajikan bersama ayam, sup ringan dan sambal halia pedas. Sebuah kombinasi sempurna yang membuatkannya digemari pelbagai bangsa.

9. Sate

Sate selalunya dihidangkan bersama kuah kacang pekat serta hirisan timun dan bawang. Ia juga boleh dimakan bersama ketupat atau nasi impit.

10. Char Kuey Teow

Char kuey teow adalah mee kuey teow yang digoreng dengan kicap dan dicampur bersama udang, kerang, taugeh, telur dan sebagainya. Dengan aroma “wok hei” (bau kuali panas) yang memukau, makan panas-panas memang mantap!

11. Apam Balik

Apam balik antara menu yang sangat popular di pasar malam Malaysia. Kuih ini selalunya berintikan kacang tumbuk, jagung manis dan gula. Sekarang ni,  terdapat pelbagai versi moden apam balik dengan inti coklat, keju dan lain-lain. 

12. Asam Pedas

Jangan ketinggalan juga untuk mencuba masakan asam pedas. Hidangan ini amat popular di Melaka dan Johor. 

Masakan ini terkenal kerana rasanya yang cukup lengkap. Ada masam, pedas, manis sikit dan penuh aroma. Memang membangkitkan selera!

13. Teh Tarik

Teh tarik adalah minuman kebangsaan tidak rasmi Malaysia. Ia sangat sempurna dinikmati bersama roti canai atau nasi lemak semasa sarapan pagi. 

14. Otak-Otak

Otak-otak adalah adunan isi ikan, santan, rempah dan daun limau purut yang dibungkus dalam daun pisang dan dibakar. Rasa lemak pedasnya menjadikan ia pembuka selera yang digemari. 

15. Keropok Lekor

Keropok lekor diperbuat daripada ikan segar dan tepung. Kemudian, digoreng garing dan dicicah sos pedas manis. Ada juga versi keropok lekor rebus, sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan tekstur kenyal.

16. Nasi Dagang 

Nasi dagang ialah beras wangi yang dikukus bersama santan. Ia biasanya dihidang dengan gulai ikan tongkol, acar timun dan sambal kelapa. 

Nasi dagang sangat popular di negeri Pantai Timur dan lazimnya dihidangkan sewaktu kenduri atau perayaan.

17. Pisang Goreng

Pisang goreng ialah pisang yang disalut adunan tepung rangup dan digoreng sehingga garing. Ranggup dan sedap!

18. Nasi Campur

Nasi campur adalah antara makanan Malaysia yang paling fleksibel dan penuh variasi, sesuai dengan citarasa semua orang.

Satu pinggan nasi putih panas yang anda boleh padankan dengan pelbagai lauk seperti ayam goreng berempah, ikan bakar, sambal sotong, sayur masak lemak, ulam-ulaman, sambal belacan dan sebagainya. 

19. Nasi Kandar

Nasi Kandar asalnya dari Pulau Pinang, namun anda boleh dapatinya hampir di mana-mana tempat seluruh Malaysia.  

Hidangan ini berasal daripada pengaruh India Muslim dan terkenal dengan nasi putih atau nasi briyani yang dihidangkan bersama pelbagai lauk seperti ayam goreng berempah, daging masak hitam, sotong kari, telur rebus, sayur bendi rebus, dan kuah campur. .

Uniknya, ia sering “banjir” dengan gabungan pelbagai jenis kuah kari untuk rasa maksimum!

20. Kuih-Muih Tradisional

Malaysia kaya dengan aneka kuih-muih seperti kuih seri muka, tepung pelita, kuih lapis, kuih ketayap dan macam-macam lagi. 

Warna-warni dan rasa kuih tradisional ini mempamerkan kreativiti warisan tempatan dan sering menjadi pilihan pada waktu minum petang. 

21. Pulut Panggang

Pulut Panggang ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang terkenal sebagai snek atau hidangan ringan untuk sarapan dan minum petang. 

Ia terdiri daripada pulut (beras pulut) yang dimasak bersama santan dan sedikit garam berintikan serunding kepala yang ditumis bersama udang kering, kemudian dibalut dengan daun pisang serta dipanggang di atas bara api atau kadangkala dalam ketuhar untuk mendapatkan aroma dan rasa yang unik.

Di beberapa kawasan, inti boleh digantikan dengan serunding ikan, ikan bilis, daging atau bahkan tanpa inti (kosong).

22. Satar

Satar ialah pes ikan pedas beraroma yang dibungkus dalam daun pisang dan dipanggang. Rasanya sangat sedap dan penuh rempah! 

Makanan Pantai Timur ni memang lejen kalau nak cari snek petang yang ringan tetapi mengenyangkan. 

23. Karipap

Karipap juga salah satu makanan popular di Malaysia yang menjadi kegemaran ramai. Selain kentang, biasanya ada juga karipap inti sardin ataupun daging. 

Snek kegemaran ramai ini boleh didapati di pasar pagi ataupun gerai-gerai kuih. Sekali makan, memang tak cukup satu!

24. Rojak

Rojak adalah gabungan buah segar, timun, tauhu, cucur, dan kuah kacang pekat manis-pedas. Setiap suapan mempunyai rasa yang berbeza dan menyegarkan. 

25. Putu Bambu

Putu bambu diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti gula Melaka, Ia dikukus dalam batang buluh sehingga masak. Teksturnya lembut, wangi pula tu. Rasanya rasa manis dan sedap sangat makan suam-suam!

26. Ais Kacang

Ais Kacang juga dikenali sebagai ABC (Air Batu Campur) ialah pencuci mulut  yang sangat popular di seluruh negara. 

Hidangan ini terdiri daripada gunungan ais yang dikisar halus dihiasi dengan pelbagai bahan manis dan berwarna-warni yang menjadikannya sangat menarik dari segi rasa dan rupa. 

27. Lemang

Lemang adalah antara hidangan wajib semasa hari raya di Malaysia. Ia adalah nasi pulut yang dimasak dalam buluh dengan santan dan garam, kemudian dibakar perlahan atas bara api. 

28. Ketupat

Selain lemang, ketupat juga antara hidangan wajib semasa hari raya. Ketupat dibungkus dalam anyaman daun kelapa dan direbus.

Berbeza dengan lemang yang menggunakan buluh. Ketupat dimakan dengan rendang atau kuah kacang.

29. Nasi Tomato

Nasi tomato memang padanan ideal dengan ayam masak merah. Ia sesuai dihidangkan semasa majlis tertentu. Kalau nak makan setiap hari pun boleh!

30. Mee Kolok

Mee kolok adalah hidangan yang popular di Sarawak. Biasanya, Mee Kolok dihidangkan bersama hirisan daging babi, ayam, atau itik (untuk versi halal), serta topping seperti char siu dan daun bawang. 

Mee Kolok terkenal dengan rasa yang ringan dan tekstur mi yang kenyal serta aroma minyak bawang yang harum. Variasi Mee Kolok termasuk Mee Kolok goreng dan Mee Kolok istimewa yang menambah pelbagai topping seperti udang dan bebola ikan.

Sekali rasa, boleh jatuh cinta!

31. Hinava

Hinava adalah hidangan tradisional Kadazan-Dusun yang dibuat daripada isi ikan mentah yang diperap dengan limau, bawang, cili dan halia. 

Rasanya segar, masam dan pedas. Wajib cuba kalau ke Sabah!

32. Bubur Cha-Cha

Bubur Cha Cha ialah pencuci mulut tradisional Malaysia yang terkenal dengan rasa manis dan lemak santan serta warna-warni menarik. 

Ia terdiri daripada campuran ubi keledek (sweet potatoes), keladi (taro), dan sagu atau mutiara tapioka yang dimasak dalam kuah santan yang diharumkan dengan daun pandan dan gula melaka atau gula perang. 

Hidangan ini boleh dinikmati sama ada dalam keadaan panas atau sejuk menjadikannya sesuai untuk dinikmati sepanjang tahun.

33. Mee Kari

Mee Kari adalah hidangan mi berkuah kari yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia terdiri daripada mi kuning atau bihun yang disajikan dalam kuah kari berperisa dengan santan kelapa. 

Kuahnya kaya, berkrim dan berempah serta dihidangkan bersama pelbagai topping seperti ayam, udang, sotong, kerang, telur rebus, tauhu goreng, taugeh dan daun pudina.

34. Sup Tulang

Sup Tulang adalah hidangan sup daging lembu yang terkenal dengan rasa yang kaya dan aroma rempah yang menyelerakan. 

Sup ini menggunakan tulang lembu terutamanya bahagian leher, rusuk atau kaki yang mengandungi sumsum. Ia direbus lama bersama rempah ratus seperti kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, bawang putih, halia dan kunyit untuk menghasilkan kuah sup yang jernih tetapi penuh rasa.

35. Mee Bandung Muar

Mee Bandung Muar adalah hidangan mi tradisional Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Hidangan ini menggunakan mi kuning yang dimasak bersama telur dan disiram dengan kuah pekat berperisa yang dibuat daripada campuran udang kering, bawang, rempah, belacan, dan cili. 

Kuahnya kaya dengan rasa udang dan rempah yang diperap dan digoreng sebelum ditambah stok daging atau udang, menghasilkan rasa yang mendalam dan aroma yang harum. Kadangkala kentang tumbuk ditambah untuk memekatkan kuah.

36. Bubur Lambuk

Bubur lambuk adalah antara hidangan istimewa bulan Ramadan. Ia dibuat daripada beras yang dimasak bersama pelbagai rempah serta bahan tambahan seperti daging, udang kering dan santan untuk memberikan rasa yang berlemak.

About admin