web counter Cara Renew Road Tax Online TERMURAH, ‘Betul-betul Free Road Tax’ Dengan PolicyStreet – Hamara media Fun

Cara Renew Road Tax Online TERMURAH, ‘Betul-betul Free Road Tax’ Dengan PolicyStreet

Cara Renew Road Tax Online TERMURAH, ‘Betul-Betul FREE Road Tax’ Dengan PolicyStreet 

Sejak kenaikan premium insurans kesihatan dan takaful di Malaysia, dah tentu ramai yang rasa terbeban dengan peningkatan kos ini kan? Harga barang pula makin hari makin naik. Haihh, memang ‘rabak’ poket kalau tak berjimat…

Tapi, bukan semuanya naik tau. Ada juga yang turun harga. Ni ada berita baik untuk korang! PolicyStreet kini memperkenalkan kempen ‘Betul-Betul FREE Road Tax’. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca!

cara renew roadtax online termurah policystreet

Tawaran ‘Betul-Betul FREE Road Tax’ Dari PolicyStreet

Korang memang bertuah kalau korang pakai salah satu daripada 3 model kereta ni – Axia, Bezza dan Myvi. Kenapa? Sebab 3 model kereta ini adalah yang paling banyak terjual di Malaysia dengan rekod pembelian 50% daripada jumlah kenderaan yang didaftarkan. So sekarang PolicyStreet nak belanja korang road tax percuma* melalui kempen ‘Betul-betul FREE Road Tax’ yang berlangsung mulai 14 April hingga 30 Jun 2025!

cara renew roadtax

Selain itu, PolicyStreet juga kini menawarkan Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah 0%, membolehkan pelanggan membayar insurans kereta mereka secara ansuran selama 3, 6, atau 12 bulan menggunakan kad kredit daripada sembilan bank yang mengambil bahagian, termasuk Maybank, CIMB Bank dan Public Bank. Pilihan pembayaran yang fleksibel ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia serta memastikan mereka terus dilindungi dalam waktu yang mencabar dari segi kewangan ini.

Tak ada kad kredit? Jangan risau, korang juga boleh memilih untuk menggunakan pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL), iaitu:

  • Atome: Nikmati kadar faedah 0% untuk pelan ansuran sehingga 6 bulan dengan Atome, tersedia sekarang sehingga diberitahu kelak
  • GrabPay Later
  • SPay Later

Oh ya, kalau korang guna model kereta lain pun still berbaloi sebab boleh dapat diskaun 80% tau!

*Nota : Percuma Cukai Jalan & diskaun sehingga 80% untuk cukai jalan – apabila pelanggan melanggan Drive+

Tempoh Promosi

Tempoh promosi ‘Betul-betul FREE Road Tax’ akan bermula pada 14 April hingga 30 Jun 2025.

Jadi jangan tunggu lama-lama! Jom grab tawaran ‘Betul-Betul FREE Road Tax’ untuk SEMUA Axia, Bezza, dan Myvi dengan PolicyStreet ni. 

FYI, road tax dan insurans kereta boleh diperbaharui 2 bulan lebih awal sebelum tarikh luput tau. So, cepat check tarikh luput road tax dan insurans korang supaya boleh renew dengan PolicyStreet sekarang!

Kenapa MESTI Renew Road Tax Dengan PolicyStreet?

Bagi yang masih belum tahu tentang PolicyStreet, ia adalah Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) (Approved Financial Adviser). 

Jadi, kenapa mesti renew road tax dengan PolicyStreet? Dah tentulah sebab PolicyStreet menawarkan cukai jalan termurah di Malaysia, tambah lagi dengan diskaun sehingga 80% untuk semua ahli Drive+. So, korang tak perlu teragak-agak sebab tawaran ni memang legit!

Menariknya, melalui laman web PolicyStreet ni juga, korang boleh memilih daripada lima syarikat insurans yang dipercayai atau membandingkan sebut harga daripada 12 syarikat insurans untuk mencari pilihan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan korang.

Hanya di PolicyStreet juga, pelanggan boleh menyesuaikan ciri perlindungan kereta mereka dengan memilih mana-mana perlindungan tambahan berikut pada harga hanya RM16.90 setiap satu:

  • Perlindungan Kebersihan Dalaman Mesra Kanak-Kanak: Tuntut sehingga RM100 untuk kos buruh membersihkan bahagian dalaman kereta akibat muntah, kencing, atau najis kanak-kanak.
  • Perlindungan Kawalan Serangga: Tuntut sehingga RM300 untuk kos buruh membuang serangga, fumigasi, dan sanitasi bahagian dalaman kereta akibat masalah serangga.
  • Perlindungan Najis Burung dan Getah Pokok: Tuntut sehingga RM200 untuk kos buruh membersih, mengecat semula, rawatan kimia, dan mengilat bahagian luar kereta akibat najis burung atau getah pokok.
cara renew roadtax online termurah policystreet

Berbaloi kan? Kalau korang nak tahu, PolicyStreet juga dah mula dikenali di media sosial tau. Jom baca antara review dari pada salah seorang pengguna X (Twitter), @AkeemSharyzal

cara renew roadtax
cara renew roadtax

Sumber: https://x.com/AkeemSharyzal/status/1910599642137714729

Satu lagi hantaran juga dikongsikan oleh @localrkyt

Sumber: https://x.com/localrkyt/status/1909887584307913013

Cara Renew Road Tax Kereta PERCUMA Dengan PolicyStreet 

Bagi korang yang ada kereta Axia, Bezza, dan Myvi, ini cara nak renew cukai jalan secara PERCUMA melalui tawaran ‘Betul-betul FREE Road Tax’:

1.   Layari laman web mereka di https://car.policystreet.com/

2.   Masukkan maklumat kereta anda

3.   Tunggu je quotation sama ada melalui WhatsApp atau emel.

Untuk claim ‘Betul-betul FREE Road Tax’, korang perlu membuat pembelian dalam tempoh promosi. Jadi, lepas dapat quotation nanti, semak dan banding harga dan teruskan dengan proses pembayaran. Pelekat road tax anda akan dihantar dalam 5 hari bekerja oleh MyEG. Cukai jalan digital anda pula akan diaktifkan serta-merta selepas pembaharuan. Nak lagi mudah, tengok je panduan infografik kat bawah ni.

cara renew roadtax online termurah policystreet

Jom Renew Road Tax Sekarang!

Ingat tu, insurans kereta boleh diperbaharui 2 bulan lebih awal sebelum tarikh luput tau. Jadi, janganlah tunggu saat-saat akhir baru nak gelabah! Terus ke PolicyStreet untuk settlekan semua dalam 5 minit je.

Korang kena follow akaun Facebook, Tiktok ataupun Instagram  mereka untuk dapatkan update terkini dan banyak lagi promosi lain yang akan ditawarkan dari semasa ke semasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang cara nak renew road tax, insurans dan lain-lain produk yang ditawarkan oleh PolicyStreet? Layari laman web rasmi mereka di car.policystreet.com ataupun hubungi mereka melalui WhatsApp di +6018-282 2320 (mesej sahaja).

About admin