web counter ePermohonan JPA: Senarai Tajaan & Cara Memohon – Hamara media Fun

ePermohonan JPA: Senarai Tajaan & Cara Memohon

Bagi pelajar lepasan SPM 2024 yang berminat untuk mendapatkan tajaan dari pihak JPA bagi menyambung pelajaran anda, berikut merupakan penerangan berkenaan ePermohonan dan cara menggunakannya. 

Baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui bagaimana sistem ini berfungsi dan apa yang anda perlu lakukan untuk memohon tajaan daripada program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

ePermohonan JPA

Untuk anda yang sudah mendapatkan keputusan SPM, ePermohonan merupakan satu sistem permohonan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memudahkan para pelajar dan penjawat awam dalam melakukan permohonan penajaan pendidikan yang ditawarkan JPA.

Melalui sistem ini, pemohon hanya perlu mendaftar akaun pengguna sekali sahaja (Single Sign-On) menggunakan emel peribadi, kemudian boleh menggunakan akaun yang sama untuk memohon mana-mana program penajaan JPA yang menggunakan platform ini. 

Sistem ini direka untuk memudahkan proses permohonan, pengisian borang, kemaskini maklumat, serta pemantauan status permohonan secara digital dan efisien. Anda yang berminat untuk melakukan permohonan boleh mengakses ke laman web rasmi ePermohonan.

Senarai Program Penajaan JPA 2025

Untuk pengetahuan anda, bagi tahun 2025 JPA menyediakan lima program penajaan bagi pelajar lepasan SPM 2024. Namun begitu, hanya empat daripada program tersebut yang boleh dimohon melalui ePermohonan ini. 

Untuk Program Khas JPA-MARA (PKJM), pemohon boleh melakukan permohonan di laman rasmi MARA. 

  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
  • Program Penajaan Nasional (PPN)
  • Program Khas Perubatan, Pergigian Dan Farmasi (PPF2)

Setiap program mempunyai syarat kelayakan dan bidang pengajian tertentu yang perlu dipatuhi oleh pemohon. 

Maklumat lengkap mengenai setiap program, syarat permohonan, dan dokumen sokongan boleh diperoleh melalui artikel kami yang bertajuk: Program Penajaan JPA 2025 Untuk Lepasan SPM 2024

Cara Memohon Menggunakan ePermohonan

  1. Daftar Akaun Pengguna
    • Pemohon perlu mendaftar akaun pengguna di halaman utama ePermohonan JPA dengan menggunakan alamat emel peribadi.
    • Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran berjaya. Sekiranya tidak menerima emel pengaktifan dalam tempoh 5 minit, pemohon digalakkan menyemak folder Spam atau Junk Mail.
  2. Log Masuk dan Isi Borang Permohonan
    • Setelah akaun diaktifkan, pemohon boleh log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara lengkap termasuk maklumat profil, keluarga, dan akademik.
  3. Muat Turun Slip Permohonan
    • Setelah selesai mengisi borang, pemohon boleh memuat turun slip permohonan sebagai bukti pendaftaran. Slip ini boleh dicetak dan disimpan untuk rujukan masa hadapan.
  4. Kemaskini Permohonan
    • Jika perlu, pemohon boleh mengemaskini maklumat permohonan melalui tab navigasi di dalam sistem sebelum tarikh tutup permohonan.
  5. Sokongan Teknikal
    • Sekiranya menghadapi masalah teknikal seperti tidak dapat mengakses dokumen atau lupa kata laluan, pemohon boleh menghubungi talian bantuan teknikal JPA di talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau emelkan kepada pidn2025@jpa.gov.my
epermohonan

Video Tutorial & BMIpedia

Anda juga boleh melihat video tutorial yang disediakan oleh JPA di bawah atau melalui BMIpedia bagi mengetahui lebih lagi tentang ePermohonan dan cara melakukan permohonan anda:

  1. Tutorial Cara Mendaftar Akaun ePermohonan
  1. Tutorial Cara Menukar Kata Laluan

About admin