Jika anda merupakan peminat drama atau perfileman Melayu, pastinya nama Erma Fatima tidak asing lagi di minda anda.
Pelakon, pengarah, penerbit, dan penulis skrip wanita yang begitu hebat ini, telah menghasilkan pelbagai karya yang menaikkan lagi mutu industri Malaysia dan telah menerima pelbagai anugerah
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang sosok hebat ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Biodata Ringkas Erma Fatima
Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Binti Rahmad Ali merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip terkenal di Malaysia.
Beliau yang lahir pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur, telah mula menceburi bidang seni ini seawal tahun 1985, dengan bermula sebagai pemain gitar irama untuk kumpulan Sivilnius.
Berikut merupakan ringkasan biodata berkenaan pelakon, pengarah dan penulis skrip hebat ini, yang perlu anda ketahui:
- Nama penuh: Fatimah binti Rahmad Ali
- Nama pentas: Erma Fatima
- Tarikh lahir: 14 Mac 1968
- Umur : 57 Tahun
- Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
- Pekerjaan: Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip
- Tahun aktif: 1985 hingga kini
- Pasangan: Bade Hj. Azmi (berkahwin 30 November 1991, bercerai 19 Ogos 2017)
- Anak-anak: 5 Orang
- Saudara: 6 Orang termasuk Umie Aida (adik) dan Betty Rahmad (adik)

Sejarah Kekeluargaan Erma Fatima
Untuk pengetahuan anda, Erma Fatima bukanlah satu-satunya daripada ahli keluarganya yang menceburi industri seni ini. Beliau yang berasal dari keluarga yang mempunyai minat dalam bidang seni, ini mempunyai dua orang adik yang mengikuti jejak langkah beliau iaitu Umie Aida dan Betty Rahmad.
Adik-adik beliau juga tidak kurang hebatnya, Umie Aida merupakan seorang pelakon, penerbit, dan penyanyi. Manakala, Betty Rahmad pula merupakan seorang pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan yang terkenal di laman sosial seperti TikTok dan Instagram.

Erma juga telah berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi, pada tahun 1991 dan mereka mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain. Namun begitu, pada tahun 2017, pasangan ini telah bercerai secara rasmi.

Perjalanan Karier Erma Sehingga Kini
Untuk pengetahuan anda, walaupun Erma Fatima lebih terkenal sebagai pengarah, pelakon dan penerbit drama, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pemain gitar ritma dalam kumpulan muzik Sivilnius pada tahun 1985.
Pada tahun 1986, barulah beliau beralih ke bidang lakonan dengan Hantu Siang sebagai filem pertamanya. Beliau menjadi lebih terkenal apabila membintangi filem Hati Bukan Kristal dan Femina, di mana beliau telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk kedua-dua filem ini.
Selain berlakon, Erma Fatima juga aktif sebagai pengarah dan penerbit. Filem pertama arahan beliau ialah Jimi Asmara, yang turut dibintangi oleh Hani Mohsin. Beliau mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.
Antara karya terbaru beliau yang telah menaikkan lagi nama beliau, ialah dua buah drama yang bertajuk “Bidaah“ dan “Keluarga Itu”. Untuk pengetahuan anda kedua-dua drama ini sedang hangat diperkatakan dan sangat popular dalam kalangan penonton drama Malaysia dan juga Indonesia.
Berikut merupakan antara drama dan filem yang dibintangi atau diterbitkan oleh Erma Fatima:
- Filem
- Hantu Siang
- Hati Bukan Kristal
- Femina
- Jimi Asmara
- Perempuan Melayu Terakhir
- Lagi-Lagi Senario
- Embun
- Laila Isabella
- Cinta Luar Biasa
- Manisnya Cinta Di Cappadoccia
- Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
- Drama
- Bidaah
- Salam Taj Mahal
- Romeo & Juliet
- Janji Kekasih
- Tahajjud Cinta
- Kau Yang Terindah
- Mak Cun
- Perempuan Itu
- Terlanjur Cinta
- Lelaki Itu
- Keluarga Itu

Senarai Anugerah
Bagi anda yang tidak mengenali Erma Fatima, beliau ini telah memenangi empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin, dan satu Anugerah Profima. Berikut merupakan tahun anugerah-anugerah ini diberikan beserta kategori dan tajuk filem/drama yang memenangi anugerah tersebut:
Anugerah Festival Filem Malaysia
Tahun | Filem | Kategori/Anugerah |
1987 | Puteri | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM |
1990 | Hati Bukan Kristal | Pelakon Wanita Terbaik FFM |
1992 | Bintang Malam | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM |
1994 | Femina | Pelakon Wanita Terbaik FFM |
2000 | Perempuan Melayu Terakhir | Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 |
Anugerah Skrin
Tahun | Judul | Kategori/Anugerah |
1995 | Ratu Jamu | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin |
2009 | Tersasar Di Jalanmu | Pengarah Terbaik Anugerah Skrin |
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin | ||
2011 | Airmata Nur Salina | Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin |
2017 | Pesan Dari Tuhan | Drama Terbaik |
Anugerah PROFIMA
Tahun | Judul | Kategori/Anugerah |
2011 | Tahajjud Cinta | Pengarah Terbaik Anugerah Profima[2] |
