Kad Siswa Johor yang telah diperkenalkan kepada mahasiswa anak Johor yang berkelayakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan pemberian pinjaman kewangan disamping menerapkan perbelanjaan tanpa tunai (cashless) pada zaman yang moden ini.
Kad ini bukan sekadar alat pembayaran tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat yang dirangka khusus untuk anak-anak Johor yang menuntut di IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti dan Politeknik.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Kad Siswa Johor.
Kad Siswa Johor
Kad Siswa Johor telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sebagai satu usaha menyelaras semua bentuk bantuan dan pinjaman pendidikan untuk mahasiswa anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Komuniti, dan Politeknik.
Kad ini bukan sahaja berfungsi sebagai kad debit, malah turut mengintegrasikan pelbagai insentif dan tawaran menarik daripada syarikat terkemuka di Malaysia.
Contohnya seperti KPJ Healthcare Berhad, QSR Brands (M) Holding, Daily Fresh International Sdn. Bhd, Al-Ikhlas Gadget, Woodfire Burger (M) Sdn. Bhd, Farm Fresh Berhad, Badan Cemerlang Sdn.Bhd, Legoland Malaysia dan Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd.

Bermula Oktober 2024 yang lalu, lebih kurang seramai 75,000 mahasiswa Johor telah menerima Kad Siswa Johor yang menawarkan diskaun antara 5% hingga 25% untuk pembelian barangan keperluan harian, makanan, hiburan, dan perkhidmatan kesihatan.
Sebagai contoh, pemegang kad boleh menikmati potongan harga 25% untuk tiket Legoland Malaysia dan 10% untuk pembelian di KFC atau Pizza Hut.
BACA JUGA: Johor ke Batam – Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari
Manfaat Utama
Kad Siswa Johor menawarkan pelbagai keistimewaan yang dirancang untuk membantu mahasiswa dalam kehidupan seharian mereka. Antara manfaat utama termasuk:
- Diskaun sehingga 25%: Pemegang kad menikmati diskaun sehingga 25% di premis-premis terpilih yang bekerjasama dengan program ini, termasuk KPJ Healthcare, KFC, Pizza Hut, Legoland Malaysia, dan Golden Screen Cinemas (GSC) .
- Galakan Penggunaan Perbankan Digital: Kad ini juga berfungsi sebagai kad debit, menggalakkan penggunaan perbankan atas talian melalui ciri-ciri seperti payWave dan QRPay, selaras dengan usaha membentuk masyarakat tanpa tunai.
- Bantuan Kewangan: Mahasiswa semester pertama yang layak menerima Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 yang disalurkan terus ke dalam akaun Bank Muamalat mereka.



Kad Siswa Johor bukan sahaja menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui fungsi debit, payWave dan QRPay, tetapi juga menjadi medium pengumpulan data mahasiswa Johor secara menyeluruh dan terkini.
Ini sangat penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat akses kepada pelbagai bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan negeri dari masa ke semasa
Selain itu, kerajaan negeri sedang dalam perancangan untuk memperluaskan manfaat kad ini kepada pelajar sekolah menengah dan rendah pada masa akan datang, serta bekerjasama dengan syarikat pengangkutan untuk menawarkan lebih banyak diskaun, termasuk untuk pengangkutan awam.
Permohonan & Syarat Kelayakan
Permohonan Kad Siswa Johor terbuka kepada semua mahasiswa anak Johor yang menuntut di IPTA, KYPJ, Kolej Komuniti, dan Politeknik.
Untuk pelajar IPTS, hanya pelajar sepenuh masa di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) layak memohon.
Mahasiswa yang berjaya dalam permohonan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) atau Pinjaman Pelajaran YPJ akan menerima kad ini secara automatik. Bantuan dan kad akan disalurkan melalui akaun Bank Muamalat yang dibuka khusus untuk penerima SBP dan Pinjaman YPJ.
Bagi pelajar lain yang tidak menerima SBP atau Pinjaman YPJ, anda boleh mendapatkan Kad Siswa Johor dengan membuka akaun simpanan di mana-mana cawangan Bank Muamalat.
Permohonan kad ini boleh dilakukan di cawangan Bank Muamalat atau melalui saluran yang akan diumumkan oleh YPJ dari masa ke semasa.
Berikut ialah syarat-syarat utama permohonan Kad Siswa Johor:
- Lahir ATAU menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Pelajar sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, atau Asasi di IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, atau IPTS di bawah KPYPJ.
- Terbuka kepada semua tahun pengajian (tiada had tahun pengajian).
- Tiada syarat pendapatan keluarga untuk Insentif Mahasiswa Johor (IMAJ).
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi YPJ (https://bantuan-ypj.com/portal/) dan tempoh permohonan biasanya dibuka sekitar April hingga Mei setiap tahun.
Cara Guna Kad Siswa Johor
Berikut adalah cara menggunakan Kad Siswa Johor agar anda dapat memaksimumkan kelebihannya:
1. Aktifkan Kad di Bank Muamalat
Selepas menerima Kad Siswa Johor, anda perlu mengaktifkannya di mana-mana cawangan Bank Muamalat.
Akaun simpanan akan dibuka atas nama anda sama ada secara automatik (bagi penerima Skim Bantuan Pendaftaran atau Pinjaman Pelajaran YPJ) atau secara manual jika anda memohon sendiri di bank.
2. Guna Sebagai Kad Debit & Pembayaran Tanpa Tunai
Kad Siswa Johor berfungsi sebagai kad debit. Anda boleh menggunakannya untuk urusan pembayaran di kedai, restoran, farmasi, dan premis yang menerima kad debit, termasuk fungsi payWave dan QRPay.
3. Nikmati Diskaun di Premis Terpilih
Kad ini menawarkan diskaun antara 5% hingga 25% di lebih 10 syarikat rakan strategik seperti KFC, Pizza Hut, Legoland Malaysia, KPJ Healthcare, Golden Screen Cinemas (GSC), Farm Fresh, dan banyak lagi.
Tunjukkan Kad Siswa Johor anda semasa membuat pembayaran di premis yang mengambil bahagian untuk menikmati potongan harga atau promosi khas.
4. Terima Bantuan & Insentif Pendidikan
Bagi penerima Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) dan Pinjaman Pelajaran YPJ, bantuan kewangan akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat yang dihubungkan dengan Kad Siswa Johor. Anda boleh mengeluarkan wang atau membuat transaksi seperti biasa menggunakan kad ini.
5. Guna untuk Pendaftaran & Urusan Rasmi
Kad Siswa Johor juga boleh digunakan sebagai bukti kelayakan untuk mendapatkan pelbagai insentif pendidikan negeri Johor serta memudahkan urusan pendaftaran di institusi pengajian tinggi dan pusat khidmat ADUN jika diperlukan.
Kad Siswa Johor – Insentif Tunai One-Off RM200
Salah satu kelebihan utama Kad Siswa Johor ialah insentif tunai one-off sebanyak RM200 yang disalurkan terus ke eWallet Touch ‘n Go, yang kini diintegrasikan bersama Kad Siswa Johor (Kad Visa).
Bantuan ini diberikan tanpa mengira pendapatan keluarga dan terbuka kepada pelajar di semua semester, sebagai sokongan awal pembelajaran dan untuk memastikan kelangsungan pengajian mahasiswa Johor.

Manakala, untuk Skim Bantuan Pendaftaran (SBP), hanya pelajar tahun pertama (semester satu) daripada keluarga B40 layak memohon.
Pastikan anda sentiasa peka dengan pengumuman rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) atau Media Digital Johor untuk mengetahui promosi, diskaun dan kemudahan tambahan yang ditawarkan kepada pemegang kad dari masa ke semasa.
BACA JUGA: Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 / 2025
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kad Siswa Johor, sila layari
- Portal Rasmi: https://portal.ypj.gov.my/ ATAU, https://bantuan-ypj.com/portal/
- Facebook: https://www.facebook.com/YayasanPelajaranJohor?mibextid=LQQJ4d
- Instagram: https://www.instagram.com/yayasanpelajaranjohor