web counter Permohonan Ke Kolej MARA & Kolej Profesional MARA 2025/2026 – Hamara media Fun

Permohonan Ke Kolej MARA & Kolej Profesional MARA 2025/2026

Permohonan Kemasukan Ke Kolej MARA (KM) &Kolej Profesional MARA (KPM)2025/2026 – Ambilan Julai

Anda lepasan SPM dan sedang mencari peluang menyambung pengajian dalam suasana pembelajaran yang berkualiti, holistik serta berfokus kepada pembangunan sahsiah diri?

Jangan lepaskan peluang untuk memohon ke Kolej MARA (KM) atau Kolej Profesional MARA (KPM) — institusi pendidikan unggul yang menawarkan pelbagai program menarik untuk masa depan anda.

Permohonan bagi sesi 2025/2026 (Ambilan Julai) kini telah dibuka mulai 25 April hingga 25 Mei 2025.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang mengenai permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA, Kolej MARA dan program pengajian yang ditawarkan sesi 2025/2026 (ambilan Julai).

Permohonan ke Kolej MARA & Kolej Profesional MARA

Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2024 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2025/2026 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.

KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan serta Pemasaran.

Program ini terdiri daripada tiga belas (13) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

Diploma in Accounting (DIA)
Diploma in Accounting
+ SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification (DIA + SAP)
Diploma in Business Information Technology (DBIT)
Diploma in Business Studies (DBS)
Diploma in Computer Science (DCS)
Diploma in Computer Science+ SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification (DCS + SAS)
Diploma in Marketing
+ Certified Professional Marketer (Asia) Certification (DMK + CPM)
Diploma in English Communication
+ Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC + ITBM)
Diploma in Halal Industry
+ Halal Executive Certification (DHI + HE)
Diploma in Integrated Logistics Management
+ Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM + CILT)
Diploma in International Business (DIB)
Diploma in Islamic Finance
+ Associate Qualification In Islamic Finance (DIF + AQIF)
Diploma In Creative Digital Media Production
+ Digital Media Profesional Certificate (DCD+DMP)
Intensive English Programme (IEP)

Garis Panduan Permohonan

Permohonan ke Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) https://hi-edu.my/

Permohonan ini dibuka bermula 25 April 2025 sehingga 25 Mei 2025.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon sahaja

Calon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan.

Syarat Kelayakan KPM

Calon dinasihatkan untuk membaca syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan di pautan berikut: https://hi-edu.my/programkpm/

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mei 2025 pada jam 11:59 malam. Sebarang permohonan selepas
tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. 

Semakan Keputusan Permohonan dan Rayuan

Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web rasmi Hi-Edu MARA di https://hi-edu.my/ bermula pada 18 Jun 2025.

Sebarang permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej adalah TIDAK DIBENARKAN

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (SPUPIM) di laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ bermula 18 Jun 2025.

Semakan keputusan rayuan program Diploma Kolej Profesional MARA dan Asasi Kolej MARA boleh disemak bermula 27 Jun 2025 di laman web rasmi Hi-Edu MARA https://hi-edu.my/ selepas jam 03.00 petang.

Fasa Semakan Tarikh Semakan Tarikh Lapor Diri di Kolej
Kolej Profesional MARA Kolej MARA
Semakan Permohonan 18 – 24 Jun 2025  31 Julai 2025  14 Julai 2025
Semakan Rayuan Fasa 1 27 Jun – 01 Julai 2025
Semakan Rayuan Fasa 2* 04 – 08 Julai 2025

* Tertakluk kepada perubahan dan kekosongan penempatan

Kriteria Pemilihan

Memenuhi Syarat Am kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa; dan
  • Berumur 18 tahun pada tahun 2025 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja)
  • Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA

MARA juga mempertimbangkan calon-calon yang memenuhi kriteria berikut:

  • Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah; dan
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA (KPM)

Program ini terdiri  lima  belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

Diploma in Accounting (DIA)
Diploma in Accounting
+ SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification (DIA + SAP)
Diploma in Business Information Technology (DBIT)
Diploma in Business Studies (DBS)
Diploma in Computer Science (DCS)
Diploma in Computer Science+ SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification (DCS + SAS)
Diploma in Marketing
+ Certified Professional Marketer (Asia) Certification (DMK + CPM)
Diploma in English Communication
+ Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC + ITBM)
Diploma in Halal Industry
+ Halal Executive Certification (DHI + HE)
Diploma in Integrated Logistics Management
+ Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM + CILT)
Diploma in International Business (DIB)
Diploma in Islamic Finance
+ Associate Qualification In Islamic Finance (DIF + AQIF)
Diploma In Creative Digital Media Production
+ Digital Media Profesional Certificate (DCD+DMP)
Intensive English Programme (IEP)

Rujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:

kolej profesional mara 2023
kolej profesional mara
kolej profesional mara kpm
kolej profesional mara kpm
kolej profesional mara kpm

Program Asasi Kolej MARA

Permohonan ke Program Asasi Kolej MARA dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke program Asasi Kolej MARA Sesi 2025/2026.

Dan, seterusnya ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Program Asasi Kolej MARA yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera iaitu Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, Asasi Perniagaan dan Asasi Sains seperti berikut:

PROGRAM ASASI KOLEJ MARA UNIVERSITI PROGRAM IJAZAH YANG DITAWARKAN
Asasi Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Multimedia University (MMU)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
*Diperkenalkan 2024 : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
!!PENTING!!
Sila klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan program ijazah yang ditawarkan :
https://hi- edu.my/permohonan- km/
Kejuruteraan dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia Al-Sultan Abdullah (UTM)
Universiti Malaysia Pahang (UMPSA)
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Multimedia University (MMU)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
Asasi Sains Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
Management & Science University (MSU)
Malaysian Allied Health Sciences University (MAHSA)
UCSI University
Taylor’s University
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)

Syarat AM Kemasukan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat Kemasukan SPM

Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Satu (1) subjek lain
  4. Lulus Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Gred D

*Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.

*Calon yang mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.

Kenapa Perlu Belajar Di Sini?

  • Yuran pengajian ditaja
  • Ada Elaun Sara Hidup RM300 (tak perlu bayar balik)
  • Kemudahan penginapan asrama disediakan
  • Jaminan pekerjaan keboleh pasaran melebihi 80%
  • Peluang melanjutkan pengajian di “dalam & luar negara* dengan tajaan MARA
  • Peluang menjadi Usahawan
  • Kemudahan pembelajaran yang kondusif
  • Dwi – Pensijilan di mana Kerjasama strategik Bersama badan professional.
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan pergi & balik bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Pengiktirafan Kualiti Program MQA
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
  • Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran Produk (Production Based Education – PBE) / Teaching Factory
kolej profesional mara

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Tarikh – tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2025/2026 ambilan Julai ini adalah seperti ketetapan berikut:

  • Permohonan Dibuka : 25 APRIL 2025
  • Permohonan Ditutup : 25 MEI 2025
  • Semakan Permohonan : 18 JUN 2025
  • Semakan Rayuan Fasa 1 : 27 JUN 2025
  • Semakan Rayuan Fasa 2 : akan dimaklumkan kelak
  • Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA : akan dimaklumkan kelak
  • Tarikh Lapor Diri di Kolej MARA : akan dimaklumkan kelak

Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM bermula pada 18 JUN 2025.

Pautan semakan: https://hi-edu.my/

Tarikh Permohonan Rayuan :

Bagi calon yang tidak Berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang bermula 18 JUN 2025.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (SPUPIM) di laman web rasmi Hi-Edu MARA di pautan berikut: https://hi-edu.my/

Soalan Lazim – FAQ

Anda boleh rujuk soalan lazim mengenai permohonan kemasuk ke Kolej MARA dan KPM melalui pautan berikut:

ATAU, muat turun PDF di bawah:

SOALAN LAZIM KOLEJ PROFESIONAL MARA

SOALAN LAZIM KOLEJ MARA

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

*Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-26134074 / 75 / 76 /77 /83 /84 /85

Sila layari pautan untuk MEMOHON & MAKLUMAT LANJUT: https://hi-edu.my/

About admin