web counter Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2025/2026 – Hamara media Fun

Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2025/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI 2025/2026

Syabas dan Tahniah kepada Pelajar Lepasan SPM yang berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)

BERIKUT ADALAH TARIKH PENTING UNTUK RUJUKAN ADIK-ADIK SEMUA

Permohonan melalui UPUOnline (Lepasan SPM 2024) :

  • Tarikh permohonan : 14 April 2025-18 Mei 2025

Latar Belakang: Kemasukan Politeknik Di Malaysia

Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.

Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995).

Kelebihan Belajar Di Politeknik

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Senarai Politeknik di Malaysia

Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :

  • 3 Politeknik Premier
  • 28 Politeknik Konvensional
  • 5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.

Syarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti

Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik :

Politeknik Premier

5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

Politeknik Konvensional / METrO

3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

  • Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
    • Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
    • Sejarah (Wajib Lulus)
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains / Fizik atau Kimia

Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :

Diploma

Lulusan Sijil Kolej Komuniti

Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Sijil Kolej Komuniti

Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)

Baca juga: KPTM : Cara Permohonan, Senarai Kursus & Lokasi Kolej

Cara Memohon Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 2025/2026

Permohonan bagi ambilan ini boleh dibuat di pautan berikut : http://ambilan.mypolycc.edu.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor di bawah:

  • 019-868 3738 (Whatsapp)
  • 03-8888 3837

Maklumat Lanjut Semakan Politeknik & Cetakan Surat Tawaran / Borang Jawapan

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my/

ATAU

Hubungi saluran berikut:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

  • Telefon: 03-8888 3837
  • Faks: 03-8888 2733
  • E-mel: jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Media sosial:

Baca juga: Asasi UiTM 2025: Bidang Pengajian, Syarat, Cara Mohon

About admin