Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 April 2025, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2024 anda.
Pelajar dan ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan SPM 2024 yang telah pun diumumkan itu, boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

Tempoh Permohonan
Permohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan, iaitu : 24 April – 23 Mei 2025
Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM
Menurut Kementerian Pendidikan, keputusan anda boleh disemak semula sekiranya perlu.
Pelajar dan ibubapa boleh mengikut langkah yang dikongsikan di bawah:
CARA PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM
Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan melalui langkah berikut:
- Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
- Pendaftaran Akaun:
- Pemohon yang belum pernah menggunakan aplikasi e-LP perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menggunakan maklumat yang betul dan tepat.
- Permohonan Penyemakan:
- Pilih menu “Semak Semula” untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan.
- Semakan Status Permohonan:
- Pilih menu “Semak Status” untuk:
- Menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat; atau
- Menyemak keputusan KEKAL atau BERUBAH.
- Pilih menu “Semak Status” untuk:
- Sekiranya keputusan penyemakan adalah KEKAL, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
- Sekiranya keputusan penyemakan adalah BERUBAH, tindakan berikut perlu diambil:
- Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
- Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.


MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
- khidmatbantu.lp@moe.gov.my
- 03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132
- https://elp.moe.gov.my/

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.

Keputusan Permohonan Semak Semula SPM 2024/2025
Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-
- Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
- Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi
sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan
lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini. - Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,
markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap. - Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan
setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
- Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
- Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. - Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:
- khidmatbantu.lp@moe.gov.my
- 03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132
- https://lp.moe.gov.my
Bagi anda yang pertama kali mendaftar sebagai pengguna di laman web Lembaga Peperiksaan atau menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan, sila rujuk : e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Jadual & Sijil