web counter Tasik Cermin Ipoh – Tiket Masuk & Aktiviti Menarik   – Hamara media Fun

Tasik Cermin Ipoh – Tiket Masuk & Aktiviti Menarik  

Tasik Cermin Ipoh adalah salah satu destinasi menarik di Ipoh yang mesti masuk dalam senarai percutian anda.

Tasik ini memang sangat terkenal dengan keindahan semula jadinya. Macam-macam aktiviti menarik yang ditawarkan di sini. 

Memang sesuai sangatlah untuk percutian bersama keluarga ataupun solo. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sukakan aktiviti bersama alam dan ingin mencari ketenangan. 

Jom kita tengok apa yang menarik di Tasik Cermin Ipoh ini. 

Tasik Cermin Ipoh – Pengenalan 

Tasik Cermin Ipoh adalah sebuah tasik semula jadi yang terletak di kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Tasik in terbentuk daripada runtuhan gua batu kapur. 

Sejarahnya bermula sebagai bekas kawasan kuari yang tidak lagi beroperasi lalu membentuk tasik kecil yang dikelilingi tebing batu kapur setinggi ratusan meter.

Tasik Cermin Ipoh, Perak

Kenapa dinamakan Tasik Cermin? Haa, nama “Tasik Cermin” diberikan kerana permukaan air tasik ini sangat jernih sehingga mampu memantulkan refleksi pemandangan sekeliling dengan sempurna. Sebijik macam refleksi cermin!

Tasik Cermin juga telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Geopark Lembah Kinta dan diurus secara profesional. 

Terdapat pelbagai kemudahan awam seperti laluan berturap, tapak parkir, tandas, surau, restoran dan sebagainya disediakan bagi memastikan keselesaan setiap pengunjung. 

Tasik Cermin Ipoh, Perak

BACA JUGA: 12 Kafe di Ipoh – Estetik & Highly Recomended!

Waktu Operasi

Tasik Cermin Ipoh dibuka setiap hari termasuklah pada hari cuti umum. Ia dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. 

Waktu operasi untuk aktiviti utama seperti menaiki bot di Tasik Cermin 1 dan Tasik Cermin 2 pula beroperasi dari 9:30 pagi hingga 5:30 petang. 

Pengunjung sangat digalakkan datang pada waktu pagi untuk menikmati pantulan air yang lebih jelas dan suasana yang lebih tenang sebelum kawasan menjadi sesak terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. 

Lokasi & Cara ke Tasik Cermin Ipoh 

Tasik Cermin Ipoh terletak di kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Lebih kurang 20 minit dari pusat bandar Ipoh. 

Cara terbaik untuk ke sini adalah dengan memandu sendiri kerana tiada pengangkutan awam terus ke tasik ini. Terdapat kemudahan letak kereta percuma yang luas berhampiran pintu masuk. 

Harga Tiket Masuk 

Anda boleh rujuk tiket masuk dan juga tiket untuk menaiki bot di bawah: 

Sumber: https://tasikcermin.com/ 

Cara Beli Tiket

Secara Walk-in:
Tiket masuk ke tasik ini boleh dibeli terus di kaunter tiket yang terletak di pintu masuk Tasik Cermin pada hari lawatan.

Tasik Cermin Ipoh, Perak

Secara Online:
Anda boleh membeli tiket secara online di laman web rasmi Tasik Cermin Ipoh di pautan berikut: tasikcermin.com/ticketing.

Setelah pembelian, anda hanya perlu tunjukkan e-tiket di kaunter masuk pada hari lawatan.

Tarikan Di Tasik Cermin Ipoh & Aktiviti Boleh Dilakukan

1. Bersiar-siar Menikmati Alam (Sightseeing)

Salah satu aktiviti utama yang anda boleh lakukan di Tasik Cermin Ipoh ialah bersiar-siar sambil melihat pemandangan alam semula jadi. Sangat menenangkan!

Pengunjung boleh menikmati suasana damai sambil berjalan di sepanjang laluan yang disediakan serta menikmati kehijauan yang mengelilingi tasik.

2. Berkelah/Meditasi

Keunikan utama Tasik Cermin adalah airnya yang tenang sehingga memantulkan bayangan bukit kapur dan langit biru dengan sempurna. 

Ketenangan ini mencipta suasana santai yang sesuai untuk meditasi, berkelah, atau sekadar menikmati alam. Kalau nak ‘healing’, inilah tempatnya!

Tasik Cermin Ipoh, Perak

3. Menaiki Bot Keliling Tasik

Satu lagi tarikan utama di sini ialah Boat Riding. Pengunjung boleh menaiki bot untuk meneroka tasik sambil menikmati pemandangan sekitar daripada sudut berbeza.

Aktiviti ini pastinya akan memberikan anda pengalaman berharga. Anda dapat melihat dengan lebih dekat dengan keindahan tasik ini.

Tasik Cermin Ipoh, Perak

4. Hiking & Trekking

Bagi yang sukakan aktiviti fizikal, Tasik Cermin turut menawarkan laluan hiking dan trekking. Laluan ini akan membawa anda menyusuri kawasan berbukit yang mengelilingi tasik. 

5. Hand Senses

Tasik Cermin memperkenalkan konsep Hand Senses, di mana pengunjung boleh terlibat dengan aktiviti yang membolehkan mereka merasai tekstur, bentuk, dan keunikan alam semula jadi secara langsung. 

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap keindahan ciptaan Tuhan melalui deria sentuhan.

6. Zon ‘Eat & Drink’

Selepas puas menerokai seluruh kawasan tasik ini, anda boleh berehat dan menikmati makanan dan minuman di kawasan Eat & Drink yang disediakan. 

Terdapat beberapa pilihan gerai makanan tempatan yang menyajikan snek, makanan ringan dan minuman. 

Tasik Cermin Ipoh, Perak

7. Menginap 

Untuk pengalaman lebih mendalam, pengunjung boleh memilih untuk bermalam di sekitar kawasan Stay with Nature. 

Tasik Cermin menawarkan pakej penginapan staycation yang membolehkan pengunjung merasai suasana malam yang tenang, diapit keindahan bukit kapur dan tasik yang damai.

8. Aktiviti Lasak & Permainan ‘Outdoor’ 

Bagi yang menggemari aktiviti lebih mencabar, Tasik Cermin juga menawarkan pelbagai aktiviti lasak yang boleh dilakukan. Antaranya mendaki di kawasan sekitar tasik, meneroka gua-gua kecil yang tersembunyi di sekitar kawasan tasik dan sebagainya. 

Tasik Cermin Ipoh, Perak

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai Tasik Cermin Ipoh, anda boleh layari pautan berikut: https://tasikcermin.com/ 

About admin